Tuesday, 14 November 2017

The Introduction


Khalim Transit Villa or singkatannya KTV dibina sekitar March 2017 dan dirasmikan pada 2 September 2017. KTV mula di buka kepada Orang ramai pada Oktober 2017dan Alhamdulillah, sambutannya sangat baik. 

Bermula dengan penggunaan antena pada TV yang disediakan, hanya mampu melihat kelibat manusia di televisyen dengan warna hitam putih,  pada November 2017 KTV meningkatkan perkhidmatan dengan menyediakan saluran Njoi untuk mereka yang menginap di KTV. Mengambil komen-komen positif daripada pelanggan kami, KTV juga menyediakan tuala untuk kegunaan mereka yang menginap di KTV.

Khalim Transit Villa menyediakan penginapan yang selesa kepada pengunjungnya. Kami menyediakan dua buah rumah dengan bilangan bilik yang berbeza.

Walai A di ambil dari bahasa suku kaum irranun yang membawa maksud RUMAH A menyediakan sebuah rumah dengan dua bilik tidur. Mempunyai dapur dengan kelengkapan memasak semestinya memberi kepuasan kepada mereka yang gemarkan home cooked meals sewaktu percutian atau perjalanan mereka ke Kota Belud. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin , katil queen atau double single, dan mempunyai almari. Dua bilik air disediakan dan terdapat televisyen dengan saluran Njoi disediakan di ruang tamu. Walai A juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dengan mempunyai pemadam api / fire extinguisher .

Walai B pula merupakan sebuah rumah 4 bilik tidur dengan penghawa dingin. Salah satu bilik pada rumah ini merupakan bilik yang mempunyai bilik air sendiri (master bedroom). Rumah ini juga di lengkapi dengan dapur beserta peralatan memasak bagi mereka yang gemarkan home cooked meals. 
2 Bilik air juga disediakan beserta televisyen dengan saluran Njoi bagi kemudahan pelanggan kami. Ciri keselamatan seperti di walai A juga diaplikasikan di walai B. 

Bagi mereka yang datang ke kota belud dalam kelompok yang kecil atau biasanya untuk urusan kerja, sewaan bilik sahaja juga dibolehkan. Masa check out dan check in yang flexible ketika ini memudahkan dan melancarkan perjalanan pelanggan kami tanpa perlu terkejar-kejar dengan masa.

Semoga Khalim Transit Villa menjadi pilihan utama anda apabila berkunjung ke Kota Belud. Sebarang aduan atau sebarang cadangan untuk penambahbaikan boleh terus email kepada kami di khalimtransitvillakb@gmail.com 

Salam Sayang dari kami,
Khalim Transit Villa
Penginapan pilihan anda 😊

Start Here

Assalamualaikum & Hi semua.

Akhirnya, Khalim Transit Villa ada Blog ! 

Di sini kami akan share about Khalim Transit Villa (ofcourse), Aktiviti yang boleh dilakukan di KTV ( Khalim Transit Villa), Tempat-tempat menarik untuk dilawati di kota belud, makanan-makanan enak, our tradition and culture , dan banyakkkk lagi . . So, stay tuned . . . 

Make Sure follow our blog or our Facebook Page Khalim Transit Villa !

p/s : Enjoy reading people! 




The Introduction

Khalim Transit Villa or singkatannya KTV dibina sekitar March 2017 dan dirasmikan pada 2 September 2017. KTV mula di buka kepada Orang ...